Touch Up Terms & Conditions

Pengenalan

Terima kasih kerana memilih servis Samurai2U. Sebelum kami meneruskan servis, sila baca dengan teliti terma dan syarat servis. Jika anda tidak bersetuju dan/atau tidak menepati syarat yang tertera di dalam terma dan syarat, anda boleh untuk tidak menandatangani persetujuan ini.

Terma dan Syarat

  1. Warna
    1. Warna bahagian kereta yang terlibat perlu dalam keadaan warna yang asal dan buka warna yang sudah di-cat semula.
    2. Ketepatan warna yang dicampur untuk servis ini adalah dalam 70% hingga 80% berpandukan warna asal kereta.

 

  1. Jenama Kereta
    1. Kereta yang digunakan untuk servis ini haruslah kereta berjenama tempatan dan bukan berjenama antarabangsa dan tahun kereta dibuat mestilah bukan tahun 2017 ke bawah:
      1. Kereta Tempatan (Perodua and Proton)
      2. Kereta Antarabangsa (BMW, Mercedes Benz, Mazda, dll..)

 

  1. Keadaan Kereta
    1. Kerosakan
      1. Servis ini hanya boleh dilakukan untuk kerosakan kecil sahaja dan bukan kerosakan yang besar;
        “Kerosakan kecil” bermaksud kesan calar, kesan batu-kecil, kesan kemik kecil, dll..
        “Kerosakan besar” bermaksud kesan kemalangan yang teruk, pecah, kesan kemik yang terlalu dalam, dll..
    2. Permukaan Kereta
      1. Permukaan kereta haruslah bebas daripada sebarang lapisan perlindungan (PPF, lapisan warna, lapisan karbon,dll..)

 

  1. Tempoh Servis
    1. Pelanggan perlu tiba di premis pada jam 9.00 pagi bagi mengelakkan kelewatan dalam menyiapkan servis.
    2. Servis ini akan mengambil masa sehingga 6 jam bergantung kepada keadaan cuaca dan keadaan kerosakan.

 

  1. Semasa Servis
    1. Pelanggan perlu meninggalkan kereta dan tidak boleh menunggu di premis semasa servis sedang berjalan.
    2. Hal ini kerana tiada ruang menunggu yang disediakan kepada pelanggan sepanjang tempoh servis.

 

  1. Selepas Servis
    1. Pelanggan akan diberi waranti selama 3 bulan sekiranya terdapat kecacatan ke atas permukaan kereta yang disembur:
      1. “Kecacatan” bermaksud sekiranya warna yang disembur ke atas permukaan kereta:
        1. Permukaan kasar
        2. Warna pecah
        3. Cat tercabut
    1. Kereta yang telah disembur tidak boleh dicuci dalam tempoh 24-Jam dan elakkan menggunakan bahan kimia ke atas permukaan kereta. Gagal untuk patuh akan menyebabkan waranti dibatalkan.
    2. Pelanggan boleh berhubung dengan Khidmat Pelanggan Samurai2U untuk menuntut waranti dan sesi yang berasingan akan dirancang untuk membaiki kecacatan selepas servis.
  1.  

STILL HAVE ANY QUESTIONS?