Terma dan Syarat
- Setiap pelanggan boleh menikmati servis spray secara percuma satu (1) kali sahaja.
- Pelanggan-pelanggan hanya boleh memilih satu (1) pakej spray yang telah disenaraikan oleh pihak syarikat dan sprayer kami akan melaksanakannya.
- Pelanggan-pelanggan tidak perlu membongkar bahagian dari kenderaan mereka untuk dibawa kepada kami KECUALI pelanggan yang membeli pakej Rim Motosikal (pelanggan rim motosikal perlu membawa rim-rim motor yang untuk di spray sahaja, proses pembukaan tidak disediakan untuk rim motor).
- Pelanggan yang membeli pakej Rim Kereta perlu disedia maklum yang bahawa sprayer kami TIDAK AKAN membuka/membongkarkan rim kereta anda.
- Pelanggan perlu membawa masuk kenderaan mereka SEBELUM JAM 10 PAGI pada tarikh pilihan mereka (dan bagi pelanggan yang membeli pakej rim motosikal, pelanggan hanya perlu membawa rim-rim yang perlu di spray sahaja).
- Servis spray secara percuma akan terbatal jika pelanggan tiba lewat daripada masa yang ditetapkan atau tidak hadir daripada tarikh yang dipilih.
- Servis spray kami kebiasaannya akan mengambil masa kira-kira 24 jam untuk hasil yang terbaik. Walaubagaimanapun, jangka masa ini bergantung kepada keadaan cuaca. Cuaca mendung atau hujan akan melambatkan proses spray kami.
- Syarikat Samurai 2K Aerosol tidak bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan barang-barang peribadi.
- Sebarang kerosakan yang terjadi pada barang pelanggan yang berkenaan dengan pakej (bukan barang peribadi).
- Hi-temp dan water transfer film akan disiapkan pada hari yang sama anda membawanya kepada kami. Pelanggan boleh mengambil bahagian kenderaan mereka sebelum jam 5 petang pada hari yang sama. Jika pelanggan tidak mampu untuk mengambil pada hari yang sama, pelanggan boleh ambilnya selepas jam 9 pagi sebelum 5 petang keesokkan harinnya.
- Pihak syarikat berhak membuat perubahan ke atas terma dan syarat ini tanpa notis pada bila-bila masa sahaja.
Dengan menggunkana Pra-Tempahan ini, anda bersetuju dengan terma dan syarat kami.
Sila pilih tarikh yang anda ingin lakukan servis spray percuma anda.
Teruskan untuk Pilih Pakej Spray